fhian junior 01-05-2013
      Apabila memasuki lingkungan umur sebelas tahun, piaget menyatakan 
perkembangan kognitif manusia masuk tahap yang akhir, iaitu operasi 
formal. Kanak-kanak yang memasuki tahap ini berupaya berfikir dengan 
logik serta memahami konsep-konsep yang abstrak.

Tahap kognitif ini membolehkan para remaja berfikir tentang fikiran itu 
sendiri, mempelajari tatabahasa yang kompleks,konsep matematik seperti 
algebra dan mengendalikan tugas mental dengan menggunakan konsep serta 
fikiran yang kompleks.
Satu lagi perubahan kognitif remaja yang agak ketara ialah pemikiran 
egosentrisme remaja ( adolescence egocentrism) yang disarankan oleh 
Elkind,(1967). Remaja sering mengubahsuaikan persepsi tentang kebenaran 
alam.
Mereka sering merasai yang perhatian umum sentiasa tertumpu kepada diri,tingkahlaku, perbuatan dan sifat mereka.
Elkind mengatakan bahawa para remaja sering mengada-adakan bayangan 
sekelompok manusia yang akan mengkritik segala tingkah lakunya sedangkan
 ini hanyalah bayangan pesepsi mereka yang dikuasai oleh egosentrisme 
remaja.
###PERKEMBANGAN EMOSI SOSIAL###
Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan 
hubungan percintaan amatlah rumit kerana pada masa ini, para remaja 
mengalami satu proses kesedaran kendiri.
Mereka sering memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain 
tentang dirinya sendiri dan mereka sering bertukar pendirian, pendapat, 
ideologi dan kawan-kawan.
Erikson menyatakan bahawa remaja mengalami konflik sosial diantara 
pengertian identiti diri dengan kekeliruan peranan yang ada padanya. 
Remaja akan bertanyakan ‘siapakah saya’, ‘apakah tujuan hidup ini’ dan 
‘kemanakah arah sendiri’.
Dalam mencari identiti, remaja mempunyai keinginan untuk bebas 
daripada kongkongan ibu bapa, untuk berdikari dan untuk membuat apa-apa 
yang disukainya tetapi dalam masa yang sama memerlukan bimbingan 
terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.
Apa yang ketara sekali para remaja cenderung untuk berpisah dengan 
ibu bapa mereka kerana mengaggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih 
penting. Kawan-kawanlah tempat mereka berkongsi pandangan serta 
bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Disamping itu hubungan percintaan
 juga amat penting bagi remaja.
Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan 
apa yang penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma 
kumpulan kerana identity kumpulan adalah identiti mereka.
###ISU-ISU BERKAITAN DENGAN REMAJA###
Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja yang menghabiskan 
masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul di 
pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di Bandar dan 
sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah gunaan 
dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran.
Terdapat juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. 
Dalam hal ini mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan 
percintaan dan seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka
 terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi 
agama.
Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka 
tidak berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal 
ini menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.
###MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH###
Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. 
Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari 
berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian 
Polis Bukit Aman (November 1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 
tahun.

Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah:
1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan.
2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak.
3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.
4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran.
5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol.
6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri.
7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar.
8) Terpengaruh dengan pujuk rayu teman.
9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan.
10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar.
Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan 
sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu 
memainkan peranan penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari 
berleluasa.
###CARA-CARA MELAYANI DAN MENGATASI PERGOLAKAN JIWA REMAJA###
Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja.
Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menaihati mereka.
Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja.
Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.
Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja
Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepad anak remaja tetapi 
sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai 
dengan mental mereka.
Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri 
agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea 
mereka.
###SEKSUALITI REMAJA###
Pertumbuhan intelelektual, moral serta spiritual biasanya diiringi 
dengan kemunculan seksualiti mereka. Sarrel dan Sarrel (1979) menamakan 
konsep ini sebagai sexual unfolding. Remaja membentuk identifikasi 
seksual dan meningkatkan keupayaan terhadap kematangan emosi dan 
seksual:

1) Perubahan peringkat pada tubuh badan
2) Kemampuan untuk mengatasi atau mengubah perasan bersalah, kebimbangan
 zaman kanak-kanak terhadap pemikiran dan tingkah laku sosial.
3) Peleraian satu iktan emosi yang utama dengan ibu bapa atau penjaga
4) Belajar mengenai keseronokan erotik atau rasa berahi dan 
ketidakselesaannya serta mampu membincangkan soal ini dengan 
teman-teman.
5) Penyelesaian konflik dan kekeliruan mengenai orientasi seksual.
6) Peningkatan sebagai seorang yang berkemampuan seksual dan kedudukan seks dalam kehidupan.
7) Ke arah tanggungjawab terhadap pasangan ,diri, dan masyarakat
8) Peningkatan keupayaan dalam bentuk kasih sayang.
###HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH###
Pengalaman pertama remaja biasanya dipenuhi dengan perasaan cemas, 
takut dan kerisauan. Hal ini kadang-kadang terbawa sehingga ke peringkat
 pertengahan dan akhir remaja.
Dalam kajian tahun 1980 Zelnick dan Kantner melaporkan bahawa lebih 
daripada 50% remaja Amerika syarikat pernah melakukan hubungan seks.
Secara puratanya di sekitar usia 16 tahun. Tidak menjadi sesuatu yang 
luar biasa untuk mendapati remaja berusia 13 dan 14 tahun aktif secara 
seksual dalam melakukan hubungan kelamin.

Satu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila remaja menggunakan 
kegiatan seksual sebagai cara untuk menarik perhatian masyarakat atau 
ibu bapa.
Penyakit pindahan seksual juga dikenali dengan nama panggilan 
singkatan STD . Amerika, gonorea lebih biasa dihadapi oleh golongan 
remaja belasan tahun daripada kelompok kelas pertengahan. Siflis pula 
ebih ketara di kalangan remaja daripada kelompok rendah.
Usia jangkitan paling tinggi ialah kepada mereka yang berusia antara 15-24 tahun.
###BEBERAPA MASALAH BERKAITAN REMAJA###
Para remaja dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya 
yang baru. Disamping masalah psikologikal ini, para remaja juga 
menghadapi masalah-masalah yang berbentuk fisiologikal yang perlu mereka
 atasi sendiri.
Bagi remaja wanita, haid adalah sesuatu proses yang normal tetapi 
seringkali menyebabkan ketidakselesaan pada mereka. Kadangkala ia 
berlaku dengan diiringi oleh perasaan seperti kemurungan, keletihan, 
kelesuan dan kemarahan.
Satu lagi masalah yang dihadapi oleh remaja ialah masalah berat 
badan. Masalah ini terjadi dalam dua bentuk, pertama ialah keadaan badan
 yang gemuk dan kedua, keadaan badan yang terlalu kurus. Bagi remaja 
yang tidak dapat mengawal kehendak makanan, mereka akan menghadapi 
masalah Bulimia.
Beberapa masalah kecil sentiasa menjadi tumpuan kepada remaja. 
Ketumbuhan jerawat sering berlaku di zaman remaja dan mereka amat 
sensitif akan perkara ini. Jerawat merupakan sesuatu yang menghodohkan 
rupa mereka dan perkara ini sering di perbesar-besarkan.
###BENTUK KONFLIK REMAJA###
Konflik di antara remaja dan ibu bapa wujud dalam pelbagai bentuk. 
Konflik ini boleh dalam bentuk konflik peribadi, sosial, aktiviti di 
rumah atau di sekolah, disiplin dan sebagainya. Dalam membincangkan 
konflik remaja dengan ibu bapa ini, sering bertindan lapis dengan 
istilah jurang generasi (generation gap). Sebenarnya istilah ini merujuk
 kepada konflik remaja dengan ibu bapa kerana ibu bapa sebagai generasi 
yang lebih tua seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa 
generasi muda merupakan golongan yang akan memasuki tahap dewasa. Akibat
 penolakan hakikat yang sebenarnya maka timbullah jurang generasi atau 
konflik antara remaja dengan ibu bapa. Antara konflik remaja dengan ibu 
bapa ialah konflik kasih sayang, konflik kebebasan, konflik own rights 
dan other right, dan konflik rakan sebaya.